klik untuk membuat tinjauan khidmat yang disediakan.


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Get $20 in FREE Clicks to Advertise Here!

June 11, 2010

Buat Duit Online

Buat Duit Online.
Bagaimana Membeli dan Memasang Sendiri Website
.
Mesti korang teringin ada website sendiri… macam www.redmamy.com… Mesti best.. bole menunjuk kat orang kampung.. berlagak dengan kawan2… eewaah..! bukan tu tujuan utama… yang penting kita dapat Buat Duit On-line dengan lebih banyak apabila ada website sendiri… Website boleh diumpamakan seperti kedai.. Kredibiliti kita akan lebih terserlah! bila kita ada website sendiri… ini ada peringatan sikit.. Jangan tertipu dengan kaki kencing tipu yang jual sub-domain tapi mengaku domain… Sub-domain adalah percuma.. apabila korang dah ada domain… korang boleh mencipta seberapa banyak sub-domain yang korang nak secara percuma.. Subdomain seperti www.reddady.com/otai atau www.otai.reddady.com

Tapi macamana nak buat? Ada yang kenakan upah beratus2 hingga beribu2 ringgit kalau nak setup website ni… Apa kata korang cuba buat sendiri… Orang putih kata.. trial and error… Nampak macam susah… tapi tak susah mana pun… hari ini dengan murah hati..' katsini aku tunjukkan cara paling senang korang boleh beli dan pasang website sendiri.. Dengan tangan dan kaki korang sendiri…

1. Beli domain
Mana nak beli? Tempat yang popular beli domain ialah godaddy.com.. Kos satu domain hanya USD1.99 (RM6.50) untuk tahun pertama.. . Pilih domain yang korang minat… tengok ada orang dah beli tak.. kalau dah berpunya.. cari lagi sampai dapat.. dan teruskan proses beli.. sehingga selesai. Pembayaran boleh dibuat melalui Paypal, Credit Card atau Debit Card. Domain perlu direnew setiap tahun..

2. Register Hosting
Dah ada domain.. mesti ada hosting.. Host Gator adalah syarikat webhost paling popular.. dan takder masalah lembab ke offline ker.. klik kat sana.. register.. pakej paling murah USD 4.95 (RM15) sebulan.. Pilih pakej yang sesuai… Bayar gunakan Paypal, Credit Card atau Debit Card.. Hosting ni perlu bayar setiap bulan.. Ada lagi hosting yang murah.. tapi yang murah ni biasanya ada kekurangan dari segi service dan kelajuan.. Korang boleh cari sendiri… Syarikat Malaysia pun banyak… cuma aku tak jamin la klau ada kelembapan sini sana… Bole cuba.. buat permulaan…
3. Setup Domain dan Hosting Bab ni yang ramai orang pening… Tak payah pening-pening.. tak usahle.. nak pening-pening benda remeh macam ni… Syarikat Webhost akan beri nombor nameserver…. korang hanya perlu copy nombor tu dari HostGator contohnya dan paste ke akaun godaddy korang… Semua ada diterangkan dalam email semasa pembelian domain dan hosting…
4. Setup Website
Bab ni lagi ramai pening… Pening-pening pun berbaloi apabila korang dapat hasilkan website sendiri.. Perlu ada platform untuk korang mendesign website.. Paling senang korang guna WordPress.. WordPress ni adik beradik blogger.. Dia macam satu platform untuk korang design website.. dan yang paling best.. free… Setiap webhost akan bekalkan korang dengan satu link untuk korang urus website korang.. Kalau HostGator dia akan bagi link c-panel untuk kita… Dalam c-panel tu ada macam-macam.. termasuklah nak tambah email, tambah subdomain dan sebagainya… Pilih install wordpress… setelah install… korang hanya perlu log-in dengan wordpress untuk mendesign dan mengedit website korang…

5. Setup WordPress Sekarang website korang dah diinstall dengan wordpress… Korang boleh log in dengan username dan password yang korang masukkan masa nak install wordpress kat c-panel tadi.. WordPress ni banyak layout/tema yang boleh korang pilih dan kebanyakkannya percuma… dan juga banyak tools-tools yang best juga percuma.. Bila dah login, korang akan tiba di dashboard wordpress korang… dimana korang bole post, letak iklan, buat design… dan macam2 lagi… Itu sahaja…

Macamana.. bole ikut..? Panduan ringkas.. Kalau nak cerita semua.. aku rasa 2 hari 3 malam tak habis… Korang boleh cuba dulu.. dan explore mana yang patut.. lama-lama korang akan mahir.. klau lihat kos sebenar di atas… tak sampai RM30 untuk ada website sendiri.. Berbaloikah kita membayar beratus-ratus hingga beribu-ribu kat orang jika kita boleh buat sendiri? Duit tu baik korang buat belanja makan anak bini atau awek.. Bila dah siap… Korang dah boleh mula mempromosi website korang.. untuk apa jua tujuan… nak berlagak.. nak menunjuk… atau nak Buat Duit On-line..
Tapi kalau korang rasa pening yang teramat untuk paham dan rasa perlu
juga untuk membayar seseorang untuk membantu memiliki website sendiri… Korang boleh berurusan dengan aku kat sini, melalui e-mail yang disediakan iaitu untuk mendapatkan risalah : Panduan Bina Website!
Selamat Membuat Duit On-line..!

No comments: