klik untuk membuat tinjauan khidmat yang disediakan.


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Get $20 in FREE Clicks to Advertise Here!

June 28, 2010

Buat duit on line

Salam buat duit online buat pembaca blog nih..
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku.
Post kali ni aku nak kongsikan satu program buat duit online yang agak menarik dan mudah. Tanpa modal... Percuma... dan korang tak payah buat loan bank rakyat atau cari orang untuk masuk bawah kaki korang nak join benda ni..
Kalau korang pernah dengar Amazon atau pernah pergi ke website amazon.com mesti korang da kenal dengan benda nih. Amazon ni wujud semenjak 1994 dan pengasasnya ialah Jeff Bezos. Nak kata kaya memang lah kaya mamat ni.. dia punya kekayaan sekarang ni USD 12.3 billion.. umor dia sekarang baru 46 tahun...
Amazon ni tempat orang jual beli barang... adik beradik eBay la ni... Tapi yang aku nak cerita ni bukan untuk jual atau beli barang kat situ.. Kalau korang ada barang yang best untuk dijual di Amazon.. boleh la register sebagai seller kat Amazon...
Tapi yang aku nak cerita ni Amazon punya program affiliate.. Amazon Associates.
Caranya.. lebih kurang macam.. korang promote produk amazon kat blog korang.. kalau ada orang beli.. Amazon akan bayar komisyen... Tak payah sebok2 nak pos barang.. atau melayan customer.. bayaran akan dibuat melalui cek atas nama korang bila dah cukup USD100...
Bayaran komisyen yang diberi sebanyak 4%-15% mengikut jenis barang.. Klau barang yang korang jual berharga USD 20.. 4% tu dapat la... USD 0.80.. tukar duit Malaysia.. dalam RM 2.50.. satu barang.. klau dapat jual banyak barang sehari... atau barang tu harga lagi mahal.. lagi banyak la korang dapat... kira la sendiri...
Amazon Associates ni program affiliate luar negara yang paling senang approve.. jadi gunakan la sebaik mungkin... Program2 affiliate lain memang susah nak approve... dorang nak tengok traffic website, umor website, website cantik ke tak... dan sebagainya... Banyak juga yang tak terima orang Malaysia...
Macam mana nak mula...? Daftar di https://affiliate-program.amazon.com.. Kat website dia tu.. dia ada bagi banyak bahan-bahan promosi.. banner atau widget... pilih produk mana yang sesuai... yang korang nak jual... dan sesuai dengan kandungan blog korang... dapatkan code untuk banner dan widget... letakkan di blog atau website korang... promote... siap...
Tak semestinya website berbayar... Blog percuma pun boleh... Sebaiknya.. blog korang mesti lah blog omputeh... Kenapa? Orang Malaysia ni kurang sikit budaya membeli belah di internet.. jadi kebarangkalian terjual tu amat kurang.. Tak macam Mat Saleh... Nak beli sepender kicap pun order di internet... Orang Malaysia sanggup isi minyak kereta 50 ringgit semata-mata nak beli sos cili di supermarket yang lebih kurang 50 km jauhnya...
Nak salahkan dorang pun tak boleh.... Perkembangan jual beli melalui internet di
Malaysia ni agak perlahan berbanding negara maju...
Contoh banner Amazon yang korang boleh letak di blog korang...bila pengunjung klik
banner yang korang letak kat blog korang... dan dorang beli...komisyen akan masuk
secara automatik..
Soalan yang biasa orang tanya.. boleh buat duit ker benda nih... Jawapan yang biasa aku ulang.... banyak peluang buat duit online yang ada... Korang boleh mencuba mana yang sesuai dan berkesan dengan korang...
ok selamat mencuba buat duit on line.... arios..