Sama-sama lah kita renungkan pekara dibawah ini!
Ini kenyataan yang di keluarkan untuk pengatahuan semua ahli-ahli sebuah laman web Buat Duit On Line!
Jadi selalulah membuat pemereksaan mengejut (spot check) jika anda menjadi mana-mana affiliate kepada laman web kat Malaysia ni.. ok!
Dibawah ini adalah kenyataan sifu saya yang saya dapat. Ambik masa baca, mau dapat pengajaran nanti.
Tujuan utama affiliate ini diwujudkan ialah untuk menjimatkan kos promosi penjual
barang/ebook.. orang lain buat kerja untuk dia.. dan dia bayar komisyen apabila agen berjaya membuat jualan.. Jadi kos promosi dia adalah kosong... percuma... sesen pun tak bayar... Hanya upah tukang pasang program affiliate tu... Dia juga mendapat backlink percuma daripada blog-blog yang meletakkan link dorang...
Program affiliate Malaysia ni memang mudah sangat ditipu.. Affiliate Malaysia tak macam affiliate kat luar negara.. Dorang ada syarikat macam cj.com, clickbank, shareasale dan lain-lain yang mengumpulkan semua affiliate dan agen bawah satu bumbung.. jadi apa2 aktiviti di kawal oleh orang tengah yang bebas.... kat Malaysia ni plak.. yang mengawal affiliate ialah orang yang mengeluarkan ebook atau software itu sendiri... jadi dia boleh bila-bila memadam rekod jualan.. rekod pengunjung dan sesuka hati tidak membayar komisyen... bawah ni salah satu contoh komisyen yang masih belum dibayar sesen pun oleh salah seorang sifu buat duit online Malaysia. Dan aku telah membuang link dan banner dia dari semua blog aku...
Memang bukan semua.. tapi kebanyakannya macam tu sekarang ni... Aku mempromosi hampir 20 produk sifu-sifu buat duit online Malaysia... Aku memberikan traffic pengunjung sehingga beratus-ratus pengunjung sebulan ke web jualan dorang.... kebanyakannya melalui link yang aku sumbatkan dalam blog ini dan blog-blog aku yang lain... Kira promosi percuma la tu untuk dorang.. Kalau dorang nak iklankan dalam Adword atau Berita Hairan online.. dengan pengunjung sebanyak macam tu.. entah berapa ratus dah dorang kena bayar tu...
Tak dinafikan.. Produk-produk mereka ada yang berkualiti... tapi malangnya....
sebahagian besar daripadanya tidak begitu jujur.... ramai yang telah tutup website.. tanpa maklumkan terlebih dahulu... komisyen yang sepatutnya diterima tak dibayar... kalau nak tutup pun bayar la komisyen dulu... ada yang tidak membayar langsung komisyen walaupun telah melepasi had yang patut dibayar... Aku ada juga merajinkan diri email dorg ni... bila dah tak dibayar langsung... setelah setengah tahun berlalu... tapi dorang buat tak reti.. walau dah email beberapa kali... bukan lah banyak sangat sampai aku nak menggemis merayu-rayu mintak... Ada yang lagi teruk... yang padamkan rekod jualan sebelum ini dan menghilangkan statistik pelawat... menjadi kosong... walaupun beberapa jualan telah dibuat sebelum ini...
Aku tak akan berkompromi dengan dorang ni... Kalau tak.. lebih ramai yang akan ditipu oleh mereka ini... Jadi keputusan telah dibuat.. aku akan membuang semua iklan-iklan affiliate dari blog ini dan daripada blog-blog aku yang lain.. aku dah hilang selera nak promosi dorang punya produk... tiada lagi promosi percuma mulai sekarang untuk sifu-sifu sekalian... komisyen dorang tidak akan menjadikan aku kaya... bye-bye sifu...Buat korang yang da jumpa affiliate Malaysia yang bagus, bayar ikut time.. khidmat pelanggan yang bagus... untung yang memuaskan... teruskan... macam aku cakap sebelum ni.. tak semua yang teruk... ramai lagi yang bagus...
Selamat membuat duit online
No comments:
Post a Comment